Monday, December 26, 2011 | By: ApYh_90

7 Benda Ajaib Di Dunia

7 benda ajaib didunia, sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia pada masa kini. Tapi apa kebendenya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut. Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut. Namun bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang.

1) Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer.


2) Piramid Giza: keajaiban dari bangsa mesir kuno. Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi.


3) Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz


4) Candi Borobudur yang terletak di Jawa


5) Angkor Watt di Kemboja


6) Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu.


7) Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.


8) ??????????????...fikir-fikirkanlah.................:D
Friday, August 19, 2011 | By: ApYh_90

Malam al-Qadr rahsia Allah

RAMADAN adalah bulan keampunan untuk menghapuskan serta menyucikan diri yang selama ini banyak melakukan dosa dan maksiat.
Kita semakin menghampiri puncak Ramadan apabila sudah lebih dua minggu menjalani ibadah puasa. Bermakna kita sudah melepasi fasa pertama iaitu rahmah (kasih sayang Allah) dan fasa kedua, Maghfirah (keampunan Allah).
   
  • Foto
  •  
    PENUH PENGHARAPAN...perbanyakkan amalan pada sepuluh malam terakhir Ramadan untuk menemui malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
 
Mohd Shahrizal Nasir, Pensyarah Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)




Fasa ketiga dan terakhir ini ialah umat Islam yang melakukan amalan soleh akan dibebaskan daripada api neraka. Itulah sebabnya bulan Ramadan ini boleh diibaratkan sebagai bulan jihad kerana umat Islam ‘berperang’ melawan hawa nafsu yang menjadikan mereka cekal menjaga tatatertib serta adab dalam bulan Ramadan.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan atas dasar keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampuni. Sesiapa yang melaksanakan qiyam pada bulan Ramadan atas dasar keimanan dan mengharapkan reda Allah, maka dosa-dosa�nya yang lalu akan diampuni. Sesiapa yang bangun melakukan qiyam lailatulqadar atas dasar keimanan dan mengharapkan reda Allah, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampuni.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Walaupun ada melakukan kesilapan, itulah fitrah kejadian manusia dan sebab itu mereka perlu sentiasa memohon keampunan daripada ‘timbunan’ dosa-dosa silam.

Fasa terakhir Ramadan ini juga Allah s.w.t menganugerahkan hamba-Nya malam yang penuh kemuliaan dan keberkatan iaitu lailatulqadar.

Umat Islam yang berusaha mempertingkatkan amalan mereka akan mendapat pahala berlipat kali ganda pada malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu.

Malam-malam terakhir Ramadan digunakan dengan perkara-perkara kebaikan seperti berzikir, berdoa, beriktikaf, bertadarus al-Quran beristighfar dan melakukan qiamullail.

Itulah keistimewaan agung yang Allah s.w.t kurniakan kepada umat Islam supaya mereka dapat menjalankan ibadah dengan penuh pengharapan.

Allah s.w.t tidak menerang�kan secara terperinci waktu kedatangan lailatulqadar supaya umat Islam sentiasa berusaha mempertingkatkan amalan ibadat mereka.

Tidak bererti 20 malam sebelumnya dibiarkan begitu saja kerana mereka yang dikurniakan lailatulqadar adalah golongan yang menggunakan sepenuhnya sebulan Ramadan dengan amalan soleh berusaha menjauhkan diri mereka daripada melakukan perbuatan maksiat.

Menariknya, lailatulqadar terjadi pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir. Bermakna ia mungkin pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sabda baginda: “(Iaitu) ada pada Ramadan, oleh itu, hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir. Disebab�kan ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23 atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29 serta pada malam terakhirnya.” (Riwayat Ahmad).

Pada malam itu, Allah memberi kesejahteraan kepada hamba-Nya sampai terbitnya fajar. Umat Islam akan memperoleh kemuliaan, keampunan, rahmat serta mendapat balasan syurga daripada Allah s.w.t.

Dalam hadis lain Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba malam akhir Ramadan maka menangislah langit dan bumi serta malaikat kerana musibah yang menimpa umat Muhammad. Sahabat bertanya: “Apakah musibah itu?” Rasulullah menjawab: (Musibah) kerana perginya bulan Ramadan yang mana di dalam bulan ini doa dimakbulkan, semua sedekah diterima dan semua kebaikan dilipat gandakan pahalanya serta seksaan ditolak.”

Antara amalan lain yang boleh disuburkan pada malam terakhir Ramadan ialah mengejutkan ahli keluarga untuk bersama-sama mengerjakan solat malam seperti dilakukan Rasulullah s.a.w terhadap keluarganya.

Yang pasti, ingatlah tidak semestinya bulan agung dan istimewa ini dapat lagi kita nikmati pada tahun hadapan. Justeru pastikan kita mengambil peluang ‘semahu-mahunya’ untuk meningkatkan amalan serta memohon keampunan dari-Nya.

Pensyarah Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Mohd Shahrizal Nasir berkata malam al-Qadr adalah malam yang istimewa dalam bulan Ramadan yang lebih baik daripada seribu bulan.

“Allah s.w.t menghamparkan keberkatan dan keampunan kepada umat Islam yang ikhlas beribadah kepada-Nya pada malam itu. Allah s.w.t menjelaskan perihal malam al-Qadr ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr.

Dan, apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 1-3)

“Timbul persoalan, bagaimana al-Quran diturunkan pada satu malam secara sekali gus, sedangkan Rasulullah menerima wahyu al-Quran secara berperingkat selama 23 tahun.

“Yang dimaksudkan dengan al-Quran turun pada malam al-Qadr secara sekali gus adalah penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Bait al-’Izzah iaitu yang terletak di Langat dunia. Kemudian al-Quran diturunkan secara berperingkat dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah s.a.w selama 23 tahun,” katanya.

Beliau berkata waktu sebenar berlakunya malam al-Qadr menjadi rahsia daripada rahsia Allah s.w.t kerana Sheikh Yusuf al-Qaradawi menjelaskan antara tujuan malam al-Qadr itu dirahsiakan adalah supaya umat Islam bersungguh-sungguh melakukan ibadah dan berusaha memperolehinya.

“Namun, terdapat beberapa hadis yang memberi maklumat mengenai waktu berlakunya malam al-Qadr antaranya, “Carilah malam al-Qadr pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Selain itu, “Carilah pada 10 hari terakhir, jika tidak mampu maka janganlah sampai terluput 7 hari yang selebihnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Walaupun terdapat beberapa hadis yang menyatakan perihal malam al-Qadr, semuanya tidak bercanggah antara satu sama lain. Justeru, sebagai langkah bijak, persediaan perlu dilipat gandakan pada 10 malam terakhir bulan Ramadan,” katanya.

Mohd Shahrizal berkata Rasulullah s.a.w sendiri berusaha mencari malam al-Qadr dan memenuhi malam-malam terakhir Baginda dengan amal ibadah.

“Dalam sebuah hadis, dinyatakan hal ini, yang bermaksud: “Apabila masuk 10 terakhir bulan Ramadan, maka Nabi menghidup�kan malam, mengejutkan isteri�nya, dan mengetatkan kainnya (tidak bersama isteri kerana sibuk dengan amal ibadah).” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Justeru, sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w perlu mempersiapkan diri sebelum tiba 10 malam terakhir Ramadan ini dan berusaha mencari malam al-Qadr,” katanya.

Beliau berkata terdapat tanda-tanda yang menunjukkan berlakunya malam al-Qadr seperti maksud hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Pada pagi (setelah) malam al-Qadr, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinaran terik), seakan-akan ia bejana, sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim).

“Jika diteliti hadis ini, ia meng�gambarkan situasi selepas berlakunya malam al-Qadr. Justeru, hadis ini tidak boleh menjadi panduan bagi umat Islam untuk mencari malam al-Qadr, kerana ia menjelaskan keadaan selepas malam al-Qadr.

“Mungkin terdapat segelintir daripada umat Islam yang diperlihatkan tanda-tanda lain pada malam itu. Namun, tanda ini tidak boleh digunakan oleh orang umum sebagai panduan mencari malam al-Qadr.

“Berkemungkinan bagi orang yang melihatnya, Allah s.w.t sedang menyingkap hijab-Nya. Tiada nas yang menjelaskan perkara aneh seperti pokok sujud dan air menjadi beku pada malam al-Qadr dan ia seharusnya tidak disebarkan kepada orang lain,” katanya.

Mohd Shahrizal berkata perkara utama yang perlu difokuskan setiap umat Islam pada malam al-Qadr ialah sentiasa memohon keampunan dari-Nya.

“Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menghidupkan malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Hal ini juga seperti mana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w ketika Saidatina ‘Aisyah bertanya kepada Baginda: “Wahai Rasulullah, apa pandanganmu jika aku mengetahui malam yang mana berlakunya malam Qadr, apakah yang perlu aku ucapkan pada malam itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka kepada pengampunan, maka ampunilah aku.”

“Kedua-dua hadis di atas jelas menyeru kita untuk memohon keampunan daripada Allah s.w.t supaya diberikan kebaikan di dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau berkata terdapat pendapat sesetengah pihak yang mengatakan waktu berharga untuk memohon keampunan pada malam al-Qadr hanya seketika sahaja iaitu beberapa saat atau minit sahaja.

“Pendapat ini harus diperbetulkan kerana secara jelas Allah s.w.t menyatakan bahawa keberkatan malam al-Qadr itu adalah sepanjang malam sehingga terbit fajar keesokannya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr, ayat 5).

“Sewajarnya, umat Islam tidak menyempitkan erti amal ibadah dalam Islam.
Malam al-Qadr tidak semestinya dipenuhi dengan ibadah khusus semata-mata.

“Penuhilah masa 10 malam terakhir Ramadan dengan amal-amal baik seperti bercakap benar, membantu dan menghormati orang tua, bermaaf-maafan, menjamu sahabat makan sahur, malah sekalipun dengan melemparkan senyuman sesama Muslim,” katanya.

Sumber:myMetro Malam al-Qadr rahsia Allah
Thursday, August 11, 2011 | By: ApYh_90

Ramadhan Bulan Menabur Benih


Ramadhan... Semakin hari semakin pergi meninggalkan kita. Sekejap sungguh masa berlalu. 2 Ogos yang lalu, saya berkesempatan menimba ilmu kuliah Ustaz Mohd Noor Zakaria di Masjid Bakar Arang, Sg. Petani.
Menurut ustaz, "bulan Ramadhan ibarat ladang. Allah S.W.T dah beri benih dan baja. Terserah kepada kita apa yang kita nak buat. Terpulang kepada kita macam mana kita nak tanam di ladang yang disediakan Allah S.W.T ni. Allah S.W.T janji, jika kita manfaatkan betul-betul peluang ini, maka hasil daripada apa yang kita tanam ni akan dilipat-kali gandakan."
Pesan ustaz lagi, "kalau dulu tanam padi hasil 3-4 lori, maka pada bulan ni insya-Allah jika kita betul-betul pulun maka mungkin hasilnya melonjak naik kepada 7-8 lori. Inilah Ramadhan... Ibadat sunat bila dibuat dikurniakan pahala ibadat wajib, solat jemaah yang dijanjikan 27 kali ganda digandakan kepada berpuluh-puluh malah beratus kali ganda. Allahu Akbar... Betapa kasihnya Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Boleh lagi ka kita nak dakwa depan Allah S.W.T nanti kononnya kita tak dak peluang nak ibadat sedangkan Allah S.W.T dah sediakan satu bulan daripada 12 bulan dengan pelbagai tawaran menarik. Cuma terpulang kepada kita sama ada nak rebut atau nak buat dek ja ka."
Hari-hari yang berlalu sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini tidak akan datang lagi, yang tinggal hanyalah saki-baki hari Ramadhan tahun 1432H. Bulan Ramadhan tahun 1433H pula belum tentu kita dapat rasai. Jadi, ayuh! Rebutlah peluang sepanjang bulan Ramadhan yang masih berbaki ini. Bulan ini juga bulan untuk kita mendidik nafsu kita dan memperbaiki diri.
Keistimewaan bulan Ramadhan :
  • Bulan yang melonjakkan semangat jihad
  • Bulan mendidik diri agar istiqamah solat jemaah terutamnya solat Subuh dan Isya'
  • Bulan mendidik diri agar istiqamah ke masjid
  • Bulan mendidik nafsu agar tunduk kepada Allah S.W.T
  • Bulan mendidik diri agar tegar di jalan perjuangan

    Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum dikurniakan kepada sesiapapun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa itu terlebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi, ikan-ikan di lautan memohon keampunan ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah S.W.T mempersiapkan serta menghiasi Syurganya setiap hari kemudian berfirman kepadanya: 'Masanya hampir tiba bilamana hamba-hamba-Ku yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu. Pada bulan ini Syaitan-Syaitan dirantaikan supaya mereka tidak dapat menggoda manusia ke arah maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam-malam terakhir Ramadhan (orang-orang berpuasa ini) akan diampunkan'. Maka sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W pun bertanya: 'Wahai pesuruh Allah, adakah malam itu malam Lailatul Qadar? 'Dijawab oleh Rasulullah S.A.W: 'Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu di beri balasan setelah menyempurnakan tugasannya.'
    Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang yang masih berbaki ini. Moga-moga bulan Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan terbaik yang pernah kita lalui. Insya-Allah...

Artikel iluvislam.com-MOHD AMZAR AZMI | EDITOR: NOR ADRENALINE
Saturday, July 23, 2011 | By: ApYh_90

Berita Harian Online | Perlawanan gila: Rajagobal


Marah tapi jurulatih Harimau Malaya puji kebangkitan

"INI adalah perlawanan gila," kata Datuk K Rajagobal selepas Ha­­rimau Malaya tewas kepada Singapura 5-3 dalam perlawanan pertama, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, malam tadi.
“Kami memberi banyak gol kepada lawan dan kemudian berjaya merapatkan jurang dan hampir menyamakan kedudukan sebelum tewas. Sememangnya bola sepak gila,” katanya ketua jurulatih skuad kebangsaan itu.
Saya tak tahu puncanya apabila semua jaringan lawan diperoleh mudah. Kami harus memberi tumpuan mengatasi masalah ini (benteng) jika mahu menang perlawanan kedua Khamis ini K Rajagobal
Tanpa berselindung Rajagobal menyifatkan persembahan barisan pertahanan adalah paling buruk apabila melepaskan empat gol selepas bermula baik dengan mendahului 1-0.

“Saya pun tidak tahu puncanya apabila semua jari­ngan lawan diperoleh dengan mudah. Kami harus memberi tumpuan mengatasi masalah ini (benteng) jika mahu menang perlawanan kedua Khamis ini,” katanya.

Begitupun, Rajagobal memuji persembahan anak buahnya pada babak kedua apabila bangkit merapatkan jurang 5-3 selepas ketinggalan 4-1 pada separuh masa.

Sementara itu, jurulatih Si­ngapura dari Serbia, Radojko Avramovic menyifatkan tindakan pengadil memerintah pertahanannya, Ismail Yunos yang menerima kad kuning kedua pada minit ke-53 me­ngubah rentak perlawanan.
“Kami kehilangan pertahanan berpengaruh dan Malaysia jelas mengambil peluang itu dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit. Jika tidak, saya yakin kami mampu menang selesa,” katanya.

“Saingan masih terbuka. Jika kami menang di sini, Malaysia juga boleh menang di halaman sendiri,” katanya.

Imsakiah Ramadan 2011/1432h......edit.....


Tuesday, July 5, 2011 | By: ApYh_90

Doa Mudah Menghafal


اللهُمَّ ارْحَمْنِيْ بِتَرْكِ الْمَعَاصِيْ أَبَدًا مَا أَبْقَيْتَنِيْ أَنْ أَتَكَلَّفَ مَالاَ يَعْنِيْنِيْ
 وَارْزُقْنِيْ حُسْنَ النَّظَرِ فِيْمَا يُرْضِيْكَ عَنِّيْ ,
اللهُمَّ بَدِيْعَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ لاَ تُرَامُ ,
أَسْأَلُكَ يَا اللهُ يَا رَحْمَنُ بِجَلاَلِ وَنُوْرِ وَجْهِكَ
 أَنْ تُلْزِمَ قَلْبِيْ حِفْظَ كِتَابِكَ كَمَا عَلَّمْتَنِيْ وَارْزُقْنِيْ أَنْ أَتْلُوَهُ عَلىَ النَّحْوِ الَّذِيْ يُرْضِيْكَ عَنِّيْ ,
اللهُمَّ بَدِيْعَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ لاَ تُرَامُ ,
أَسْأَلُكَ يَا اللهُ يَا رَحْمَنُ بِجَلاَلِ وَنُوْرِ وَجْهِكَ
 أَنْ تُنَوِّرَ بِكِتَابِكَ بَصَرِيْ وَأَنْ تُطْلِقَ بِهِ لِسَانِيْ وَأنْ تُفَرِّجَ بِهِ عَنْ قَلْبِيْ
وَأَنْ تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِيْ وَأَنْ تَسْتَعْمِلَ بِهِ بَدَنِيْ ،
فَإِنهَّ ُلاَ يُعِيْنُنِيْ عَلَى الْحَقِّ غَيْرُكَ وَلاَ يُؤْتِيْهِ إِلاَّ أنْتَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِكَ
وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .





Pengertiannya :

Ya Allah cucurilah rahmat-Mu ke atasku dengan meninggalkan maksiat kepada-Mu selama mana Engkau kurniakan kehidupan kepadaku , juga janganlah Engkau bebaniku dengan sesuatu yang tidak berfaedah , dan kurniakanlah kami pandangan yang baik (dalam semua perkara kehidupanku) sehingga Engkau meredhai dan memberkatiku .

Ya Allah Tuhan Yang mencipta langit dan bumi , Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan , Kekuatan yang diinginkan,  aku mohon kepada-Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih dengan keagungan dan sinaran cahaya wajahmu , semoga Engkau menguatkan ingatan hatiku agar dapat menghafaz kitab-Mu (al-Qur’an) sebagaimana Engkau ajarkankan kepadaku , dan anugerahilah kepadaku kemahiran membacanya sebagaimana yang Engkau redhai dan kehendakki.

Ya Allah Tuhan Yang mencipta langit dan bumi , Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan , Kekuatan yang diinginkan ,  aku mohon kepada-Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih dengan keagungan dan sinaran cahaya wajahmu,
Semoga Engkau (dengan keberkatan al-Qur’an ) terangilah pandanganku , lancarkanlah ucapan lidahku , hindarilah hatiku dari segala bentuk kegelisahan , lapangkanlah dadaku , dan berikanlah aku kekuatan untuk beramal dengan perintah-Mu sebagaimana yang terkandung di dalam al-Qur’an ,
Sesungguhnya tiada yang dapat membantuku  melaksanakan kebenaran melainkan diri-Mu , dan tiada yang dapat memberi sesuatupun melainkan Engkau  , tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuan dari-Mu  
Salam sejahtera ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., juga keluarga dan seluruh sahabat Baginda .     
Saturday, January 8, 2011 | By: ApYh_90
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WHAT YOU THINK ABOUT MY BLOG?

K@t@-K@tA HikMah