Technology


5 langkah lajukan Windows pada pc



Untuk entri kali ini, aril ingin kongsikan serba sedikit tips untuk melajukan windows anda tanpa perlu untuk membawanya ke kedai untuk mengatasi masalah lembab pc (bazir duit) tanpa tahu apa masalah yang sebenarnya dihadapi. Sebut sahaja mengenai penjagaan pc, perkara yang seharusnya diambil penekanan ialah dari segi penyenggelaran pc secara tetap. Majoriti pengguna pc seringkali tidak mengambil endah bagaimana windows pc beroperasi. Bagaimana perkataan "lembab" itu boleh hadir pada pc mereka. Mereka tahu untuk menggunakan iaitu membuat kerja-kerja pejabat yang bersangkutan dengan pc, melayari internet, meletakkan fail secara pukal di pc, proses menghantar fail melalui ftp dan lain-lain.

Tetapi mereka tidak hiraukan prestasi pada pc! PC ini merupakan sistem. Ia perlu diselenggara selalu. Seperti manusia juga, untuk memiliki badan yang sihat, kita perlu bersenam dan bersukan untuk mengelakkan prestasi kita berkurangan. Sama juga halnya dengan pc, perlukan senaman (penyelenggaran) yang rapi. Sekiranya tidak, prestasi PC anda makin berkurangan pada sesuatu tempoh masa sekiranya tiada penyelenggaraan yang dilakukan. Perkara ini penting untuk meningkatkan jangka hayat pc pada masa yang mendatang. Justeru, untuk menangani masalah kurangnya prestasi pada pc, beberapa langkah perlu diambil perhatian selain untuk melajukan windows anda!

Langkah 1 >> Gunakan tool Disk Space percuma ataupun secara berbayar. 

Untuk menghapuskan junk files dan program-program yang tidak berguna dari komputer anda. Antara tool-tool yang menjadi kegemaran aril ialah Ccleaner 3.15 dan juga Tune Up Utilities 2012! tidak kurang hebatnya juga produk Advanced SystemCare Pro! kedua-duanya merupakan utiliti baik yang perlu berada di dalam pc anda. Antara fungsi-fungsi perisian ini adalah seperti berikut:
  • Membuang temporary files internet.
  • Mengosongkan recycle bin.
  • Membuang temporary files pada windows.
  • Membuang program install yang tidak berguna.
 Ccleaner

 Tune Up Utilities

Langkah 2 >> Melaksanakan Hard Disk Defragmentation secara berkala. 

Bagaimana? anda boleh menggunakan disk defragmenter yang tersedia ada dalam windows anda. Tool ini digunakan untuk merawat hard disk dari file yang terfragmentasi. File yang terfragmentasi akan mengurangkan space pada hard disk dan akan memperlambatkan sistem. Cara kerja disk defragmenter adalah menata kembali file-file yang terdapat pada hardisk. Cumanya apabila menggunakan defragmentation pada windows secara percuma, ia mengambil masa untuk melakukan kerja. Anda boleh menggunakan software seperti Smart DefragTune Up Utilities 2012 pun ada menyediakan tool ini dan rasa sudah cukup cekap untuk melakukan defragmentasi pada harddisk anda.

 SmartDefrag

Tune Up Utilities

Langkah 3 >> Membersihkan registry pada windows. 

Ia memainkan peranan utama dalam meningkatkan kelajuan komputer anda. Malangnya, Windows tidak memberikan apa-apa tool yang dibina untuk membersihkan registry. Jadi, anda perlu menggunakan pembersih komersial yang berdaftar seperti Paretologic PC Health Advisor ,SysRegClean ProSystem Mechanic Pro untuk melakukannya dengan cekap. Setiap kali apabila anda menginstall atau membuang program, atau melakukan perubahan pada PC, masukan baru atau "new entry" akan dimasukkan pada registry anda. Banyak key yang masuk dan dibuang dan masuk semula menyebabkan key ada yang invalid dan tidak berguna pada registry. Ia menyebabkan registry anda tersumbat atau terkumpul! kesan yang akan berlaku ialah prestasi pc akan berkurangan dan berisiko untuk berlakunya "error messages" dan "system crash". Justeru, lakukan sekerap mungkin aktiviti membersihkan registry ini.

Paretologic PC Health Advisor

SysRegClean Pro

Langkah 4 >> Membuang program yang tidak berguna semasa startup.

Klik START dan tulis "msconfig" pada kotak RUN dan klik Enter. Akan keluar kotak System Configuration dan klik pada Startup seperti di bawah:-


Untick apa jua program yang dirasakan tidak berguna untuk beroperasi semasa startup. Semakin banyak program yang tidak bekerja sewaktu startup, semakin lajulah kelajuan pc anda. Nampak seperti hipotesis, lebih kurang la...

Langkah 5 >> Mengesan program Malware seperti virus dan spyware.

Bagi pengguna windows, anda tidak akan lari daripada menjadi mangsa virus. Potensi virus untuk merebak pada windows adalah sebanyak 99%! Disebabkan itulah syarikat-syarikat antivirus kaya raya apabila antivirus mereka mendapat pasaran yang meluas. Pencipta virus akan mula mencipta pelbagai virus pada windows dan tidak kepada pengoperasian sistem yang lain. Mereka tahu pasaran os yang terhebat ialah windows. Hampir majoriti di dunia ini ialah pengguna windows. Harga virus di windows akan melambung tinggi bergantung kepada kehebatan virus itu dan ini adalah hasil sumber pendapatan mereka.

Justeru, jadilah pengguna yang bijak dalam menangani masalah virus pada windows. Kehadiran virus ini mampu untuk menurunkan prestasi pc anda ketahap yang sangat teruk. Oleh itu, anda disarankan untuk mempunyai antivirus yang baik dan sentiasa dikemaskini untuk menghalang daripada serangan malware. Aril sarankan anda untuk menggunakan sama ada Eset Smart Security 5Norton Antivirus 2012ESET NOD32 Antivirus, Kaspersky Antivirus 2012 dan untuk pencegahan malware perlu ditambah dengan perisian ini,Malwarebytes Anti-Malware Pro...Selamat mencuba!^_^

Trend Micro Titanium Internet Security

Malwarebytes Anti Malware







How to speed up your computer



How To Make Your Computer Startup Quickly



How to Make Your Internet Really Fast



How to make your computer VERY fast!



Make your computer faster using msconfig



How to Make Your Computer Faster! (Actually Works; XP, Vista, and Window...



Samsung Galaxy S 5360 (Galaxy Young)



Specifications Mobile Android Gingerbread cheap Samsung Galaxy Y S5360 (Galaxy Young)

General: 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 900 / 2100
Announced 2011, August
Status Available. Released 2011, October
Size: Dimensions 104 x 58 x 11.5 mm
Weight: 97.5 g
Display: Type TFT capacitive touchscreen, 256K colors
Size: 240 x 320 pixels, 3.0 inches (~ 133 ppi pixel density)
- TouchWiz UI
- Touch sensitive controls
- Multi-touch input method
Sound Alert types Vibration, MP3 ringtones
Yes loudspeaker
3.5mm jack Yes
Memory Phonebook Practically unlimited entries, Photocall
Call records Yes
Internal memory storage: 160 MB
Card slot microSD, up to 32GB, buy memory
Data GPRS Yes
EDGE Yes
3G HSDPA, 7.2 Mbps
WLAN Wi-Fi 802.11 b / g / n
Bluetooth Yes, v3.0 with A2DP, HS
Infrared port No
USB Yes, v2.0 microUSB
Camera Primary 2 MP, 1600x1200 pixels
Features Geo-tagging
Video Yes, QVGA @ 15fps
No secondary

Features:
Android OS, v2.3.5 (Gingerbread)
CPU 832 MHz processor
Messaging SMS (threaded view), MMS, Email, Push Email, IM
Browser WAP 2.0/xHTML, HTML
Radio Stereo FM radio with RDS
Games Yes + downloadable
Colors Metallic Gray
GPS Yes, with A-GPS support
Java Yes, MIDP 2.1
- SNS integration- MP4/WMV/H.264 player
- MP3/WAV/eAAC + player
- Organizer
- Image / video editor
- Google Search, Maps, Gmail,
YouTube, Calendar, Google Talk, Picasa integration
- Quickoffice document viewer / editor
- Voice memo
- Predictive text input (Swype)
Battery Standard battery, Li-Ion 1200 mAh
Stand-by Up to 850 h (2G) / Up to 540 h (3G)
Talk time Up to 17 h (2G) / Up to 6 h 20 min (3G)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WHAT YOU THINK ABOUT MY BLOG?

K@t@-K@tA HikMah