The Red Warrior

Kelantan vs Persebaya [1-1] TV3



Kelantan Juara Liga Super 2012 

      Kelantan 3-1 Sarawak






The Fortress
Share
 
"Harapan setinggi gunung" ini antara harapan besar Tan Sri Annuar Musa bersama seluruh rakyat Kelantan untuk memiliki sebuah stadium yang lebih selesa dan besar serta dengan rekabentuk terkini. Walaupun ianya masih di peringkat kertas kerja dan dalam perbincangan bersama YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib, projek ini sudah memasuki fasa akhir rundingan dan dijangka akan dimulakan pecah tanah dalam tempoh terdekat ini juga.
Seluruh rakyat Kelantan sangat berharap projek ini dapat dilluluskan setelah dirasakan sejak 2 dekad lalu, Kelantan antara negeri yang masih belum pernah di jadikan tuan rumah sukan SUKMA dan sukan berprestij lain, yang mana telah terbukti penganjuran sukan-sukan ini memberi peluang kepada negeri-negeri yang terlibat memiliki stadium baru atau menaik taraf stadium serta kemudah sedia ada dengan peruntukan besar kerajaan pusat.
thefotress
Kini segalanya sudah bermula, usaha tanpa jemu Tan Sri Annuar Musa untuk merealisasikan dari sebuah impian menjadi kenyataan pasti akan membuahkan hasilnya. Hanya doa sahaja yang mampu diiringi oleh seluruh rakyat Kelantan agar semua berjaya dibina seperti yang dirancang.
Keteguhan semangat penyokong The Red Warriors tidak mustahil akan membuka hati pendokong kerajaan pusat dan pelabur untuk menjayakan projek stadium ini. Tiada guna memiliki stadium baru jika ianya digunakan pasukan lain, kami sangat berbangga dan akan menyokong segala usaha menjadi sebuah stadium impian menjadi nyata.


Lebih 10,000 penyokong Kelantan banjiri lapangan terbang lihat trofi

LEBIH 10,000 penyokong Kelantan - majoriti berpakaian serba merah - membanjiri Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, malam kelmarin untuk menyambut wira mereka yang membawa pulang trofi Liga Super selaku juara baru musim ini. 

Jumlah hampir sama kemudian berarak bersama pasukan The Red Warriors itu sehingga ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV untuk memulakan sambutan menghargai keringat anak didik Datuk M Karathu.
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjanji akan memberi imbuhan menarik buat pemain Kelantan di atas kejayaan gemilang yang mengharumkan nama negeri.



Sambutan wira Red Warriors
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata bagaimanapun persatuan itu belum dapat memutuskan jumlah keseluruhan imbuhan itu namun akan tetap mengagihkan wang tunai berjumlah RM500,000 hasil juara Liga Super kepada setiap pemain. 

“Kafa akan bermesyuarat Selasa ini membincangkan bentuk imbuhan bakal diberi,” katanya. 

Annuar yakin kemenangan menjadi juara liga itu akan membangkitkan lagi semangat pemain Kelantan memburu mahkota kejuaraan Piala Malaysia nanti. 

“The Red Warriors berjaya mengangkat mutu bola sepak Kelantan ke tahap tertinggi dan saya bangga dengan keringat setiap pemain,” katanya. 

0 Komen Budak Comel:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WHAT YOU THINK ABOUT MY BLOG?

K@t@-K@tA HikMah