Monday, July 30, 2012 | By: ApYh_90

Resepi : Murtabak Maggi Special !!



Pernah makan murtabak? Pulak-pulak dalam bulan Ramadhan ni, murtabak memang jadi salah satu menu yang pemes lah kan kalau nak cari kat bazar tu. Tapi aku tak reti pon buat murtabak tu, makan tahu lah. Murtabak maggi tahu lah buat sebab dulu time dekat sekolah asrama pernah beniaga benda murtabak maggi ni dekat kiosk :D


Tapi murtabak maggi ni aku alter sikit mengikut bahan-bahan yang tengah ada dekat rumah ni. Kita guna apa yang ada je lah kan. Jangan membazir, nanti kawan dengan syaitonnnnn nirrajim pulak


Nama resepi aku kali ini. Murtabak Maggi gagahku di muara bersama udang vogue da vasss special. Wellllllllllll nama resepi haruslah inspired by Azwan Ali divalicious. muahahaha



Ok bahan-bahan yang digunakan untuk buat Murtabak Maggi Special ni:

@3-4 ekor udang (potong kecik-kecik)
@3-4 tangkai cili api (potong kecik-kecik)
@Cheddar Cheese/keju parut
@Keju Mozarella
@1 paket Maggi (perasa kari)
@2 biji telur

Tips: Kalau guna 1 paket Maggi guna 2 biji telur. Kalau guna 2 paket maggi, sila lah guna 4 biji telur hokkayyy. Kira 1 maggi = 2 biji telur.

Tips 2: Sila guna maggi perasa kari, baru lah rasa nya lebih ummmphhh

Mula-mula tumis udang ni, ni nak guna daging cincang ke ayam ke boleh je. Aku tak guna bawang tapi kalau nak guna bawang pon boleh. Tumis udang pakai butter,masuk kan cili api. Angkat dan ketepikan


Celur Maggi sampai kembang. Dah kembang tu, masukkan maggi,2 biji telur dan 1 paket perencah maggi kari dan gaulkan dalam mangkuk


Hiriskan Cheddar Cheese tu, campak kan lah dalam mangkuk tadi. Udang yang dah ditumis tu pon jangan lupa masuk kan jugak ok





Dan gaulkan sehingga sebati

Panaskan minyak. Minyak tak payah banyak sangat macam nak goreng ayam. Sikit-sikit je macam nak masak daging burger tu,tapi jangan lah sikit cenonet sangat. Agak-agak lah minyak tu. Pastu goreng maggi ni




Dah goreng maggi tadi sampai garing, boleh lah tabur mozarella cheese atas nya. Pastu aku masukkan dalam microwave jap bagi keju mozarella tu cair. Tak payah nak bakar-bakar sangat. Rentung lak maggi tu karang. Asal bagi cheese tu cair ok jek




Hasil nya:




TADAAAAAAAAA!! Siap dah Murtabak Maggi Special. Boleh letak sos cili. Makan dengan sos lagi sedap


Bahagian dalam maggi



Murtabak Maggi ni kena makan panas-panas tau baru sedap. Kalau nak buat untuk berbuka puasa jangan masak awal sangat, nanti dah sejuk, makan kejung-kejung tak sedap ok. Tapi kalau dah masak awal,nak panaskan dalam microwave ok jee


Selamat mencuba bagi yang nak cuba!

sumber:http://cikepal06.blogspot.com/2012/07/resepi-murtabak-maggi-special.html#.UBdA8WHkAic

0 Komen Budak Comel:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WHAT YOU THINK ABOUT MY BLOG?

K@t@-K@tA HikMah